Banjir Kedah: 83 keluarga masih ditempatkan di PPS

Seorang anggota APM memantau keadaan mangsa banjir yang ditempatkan di PPS Dewan Kg Tradisi Lembah Keriang, Kubang Pasu pada Selasa. - Foto APM Kubang Pasu
Seorang anggota APM memantau keadaan mangsa banjir yang ditempatkan di PPS Dewan Kg Tradisi Lembah Keriang, Kubang Pasu pada Selasa. - Foto APM Kubang Pasu
A
A
A

ALOR SETAR - Jumlah mangsa banjir yang ditempatkan di pusat permindahan sementara (PPS) di Kedah kembali menurun kepada 249 orang daripada 83 keluarga setakat jam 4 petang pada Rabu selepas satu pusat permindahan sementara (PPS) di daerah Kota Setar ditutup.

Ketua Bahagian Sekretariat Jawatankuasa Bencana Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Kedah, Mejar (PA) Mohd Muaz Mohd Yusof berkata, jumlah tersebut menurun berbanding 347 orang daripada 95 keluarga pada jam 12 tengah hari pada Rabu akibat pertambahan bilangan mangsa banjir di daerah Kubang Pasu.

Menurutnya, hujan lebat di daerah Kubang Pasu menyaksikan berlakunya banjir di beberapa kawasan dan seramai 89 mangsa daripada 27 keluarga dipindahkan ke dua PPS di daerah tersebut.

"Dua PPS tersebut yang dibuka adalah SK Malau yang menempatkan 13 mangsa daripada tiga keluarga dan SK Kampung Tradisi Lembah Keriang yang menempatkan 76 mangsa daripada 24 keluarga setakat jam 4 petang hari ini.

"Di daerah Kota Setar pula, PPS SMK Convent secara rasmi ditutup pada jam 4 petang pada Rabu selepas 42 mangsa dari 12 keluarga telah dibenarkan pulang ke rumah masing-masing," katanya dalam satu kenyataan pada Rabu.

Mengulas lanjut, Muaz berkata, empat PPS yang masih beroperasi adalah dua di daerah Pendang dan dua lagi di daerah Kubang Pasu yang kembali dibuka pada petang Selasa.

Menurutnya, PPS yang masih beroperasi di daerah Pendang adalah Dewan Rakan Sukan, Tanah Merah yang menempatkan 150 mangsa daripada 37 keluarga dan Dewan Cenderawasih yang membabitkan 55 mangsa daripada 19 keluarga.

Artikel Berkaitan: