Calon mulakan pergerakan sejak awal pagi

Gue Teck menikmati sarapan pagi bersama Anwar di salah sebuah kedai sekitar Klebang pada pagi Rabu.
Gue Teck menikmati sarapan pagi bersama Anwar di salah sebuah kedai sekitar Klebang pada pagi Rabu.
A
A
A

MELAKA - Memasuki hari ketiga kempen Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka, calon-calon yang bertanding dilihat memulakan pergerakan mereka sejak awal pagi.

Aktiviti mereka itu dimuat naik menerusi media sosial selari dengan pendekatan kempen norma baharu.

Timbalan Pengerusi Parti Keadilan Rakyat (PKR) negeri, Datuk Gue Teck dilihat menikmati sarapan pagi bersama Presidennya, Datuk Seri Anwar Ibrahim di salah sebuah kedai makan sekitar Klebang di sini.

“Makan sarapan pagi bersama Presiden Keadilan, Anwar Ibrahim selepas dia selesai solat subuh di Majlid Kelebang Besar,” tulis beliau menerusi satu hantaran di Facebook rasminya pada pagi Rabu.

Gue Teck merupakan calon Pakatan Harapan (PH) yang bertanding di Dewan Undangan Negeri (DUN) Klebang.

Anwar dijadualkan hadir untuk pelancaran Pelan Tindakan ‘Maju Bersama Harapan’ pada petang Rabu bersama pimpinan tertinggi PH yang lain di sebuah hotel di sini.

Sementara itu, calon Perikatan Nasional (PN) bagi DUN Telok Mas, Datuk Mohd Rafiq Naizamohideen turut memuat naik gambar beliau yang sedang bersarapan pagi di sebuah kedai makan.

Beliau yang juga Pengerusi PN Melaka menikmati sarapan itu selepas selesai menunaikan solat subuh.

Artikel Berkaitan:

Mohd Rafiq memuat naik gambar beliau sedang bersarapan pagi di kedai selepas solat Subuh pada Rabu.
Mohd Rafiq memuat naik gambar beliau sedang bersarapan pagi di kedai selepas solat Subuh pada Rabu.

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan tarikh mengundi bagi PRN Melaka pada 20 November dan undi awal pada 16 November.

Ia berikutan pembubaran DUN pada 4 Oktober lalu selepas empat Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) menarik sokongan terhadap Ketua Menteri, Datuk Seri Sulaiman Md Ali.

Melaka yang mempunyai 28 kawasan DUN memiliki seramai 495,196 pengundi berdaftar dengan 240,530 atau 48.57 peratus pengundi adalah lelaki dan baki 254,666 atau 51.43 peratus lagi merupakan wanita.

Ikuti perkembangan semasa #PRNMelaka dan kenali calon anda menerusi pru.sinarharian.com.my