Bola sepak sukan tidak berhati perut: Nuno

Nuno
Nuno
A
A
A

BEKAS pengedali Tottenham Hotspurs, Nuno Espirito Santo melabelkan bola sepak sebagai 'sukan tidak berhati perut' susulan dipecat oleh Tottenham, hanya empat bulan selepas dia dilantik sebagai pengurus kelab itu.

Pengendali berbangsa Portugal itu dinamakan sebagai pengganti Jose Mourinho pada penghujung Jun menjelang musim 2021/22.

Nuno bertahan selama 17 perlawanan dan hanya memenangi lima daripada sepuluh perlawanan Liga Perdana Inggeris yang dia kendalikan.

Dia meninggalkan kelab itu selepas tewas 3-0 kepada Manchester United, dengan Spurs segera melantik Chelsea Antonio Conte sebagai pengurus baharu skuad lilywhites.

Jurulatih berusia 47 tahun itu juga menggunakan media sosial untuk bersuara buat kali pertama sejak pemecatannya.

"Beberapa minggu kebelakangan ini agak sibuk untuk bersuara.Ini adalah sukan bola sepak yang paling kejam dalam industri, hanya beberapa minggu lalu saya dinobatkan sebagai pengurus terbaik bulanan dan masa berlalu dengan pantas sehingga saya dipecat dari Spurs."

'Inilah kehidupan, saya terus maju kehadapan dengan mencari cabaran seterusnya dan akhirnya saya ingin mengucapkan terima kasih kepada peminat Spurs, apabila saya menyertai kelab ini saya mempunyai visi untuk membawa pulang trofi tetapi semuanya tidak tergapai. Terima kasih sekali lagi atas sokongan berterusan anda," katanya.

Tottenham telah tewas empat daripada enam perlawanan terakhir mereka di bawah Nuno, dan menghampakan penonton selepas merekodkan kekalahan dengan Manchester United yang memaksa kelab itu dengan mengambil langkah drastik memecatnya.

Artikel Berkaitan:

Pendekatan pragmatik pengurus Portugal itu telah menimbulkan kemarahan terhadap peminat Spurs, yang tidak mahu mengangkat Nuno sebagai pengganti Jose Mourinho.

Nuno sebelum ini menjadi pilihan Tottenham bagi mengendalikan

kelab itu gagal selepas gagal mendapatkan beberala jurulatih ternama termasuk Julian Nagelsmann, Brendan Rodgers, Erik ten Hag, Conte, Paulo Fonseca dan Gennaro Gattuso.

ARTIKEL BERKAITAN:Tottenham pecat Nuno