PN beri jaminan kembalikan kegemilangan rakyat Melaka: Mohd Rafiq

Mohd Rafiq ketika mengadakan sidang akhbar di Pusat Gerakan PN, DUN Telok Mas di Alai, Melaka pada Isnin.
Mohd Rafiq ketika mengadakan sidang akhbar di Pusat Gerakan PN, DUN Telok Mas di Alai, Melaka pada Isnin.
A
A
A

MELAKA TENGAH - Perikatan Nasional (PN) memberi jaminan bahawa parti itu akan mengembalikan kegemilangan rakyat jika diberi mandat untuk mentadbir negeri Melaka.

Calon PN bagi Dewan Undangan Negeri (DUN) Telok Mas, Datuk Mohd Rafiq Naizamohideen berkata, pihaknya akan memberi tumpuan untuk menyelesaikan dan menambah baik isu yang dihadapi rakyat Melaka antaranya isu banjir dan masalah air.

“Kita akan menyelesaikan atau menawarkan pelan pemulihan yang komprehensif. Masalah banjir di negeri ini merupakan satu masalah yang agak lama dan belum diselesaikan.

"Selain itu, rakyat turut mengalami masalah air. Sebelum ini, mereka terpaksa mencatu air dan ini telah menjejaskan kehidupan harian dan juga keselesaan mereka,” katanya ketika ditemui pemberita di Pusat Gerakan PN, DUN Telok Mas di Alai, Melaka pada Isnin.

Mohd Rafiq yang merupakan Pengerusi PN Melaka berkata, pihaknya juga akan memberi tumpuan dalam sektor ekonomi.

Ini kerana menurutnya, selepas pandemik Covid-19, ekonomi rakyat cukup terjejas.

“Jadi, sekiranya PN berjaya membentuk kerajaan Melaka, kita akan mendapatkan khidmat atau bekerjasama rapat dengan Pengerusi Majlis Pemulihan Negara (MPN), Tan Sri Muhyiddin Yassin.

“Bukan sahaja dari segi ekonomi tetapi kesihatan, pelancongan dan juga pendidikan,” katanya.

Ikuti perkembangan semasa #PRNMelaka dan kenali calon anda menerusi pru.sinarharian.com.my

Artikel Berkaitan: