Terengganu FC kekal rekod tanpa kalah

Antara aksi menarik perlawanan Selangor FC menentang Terengganu FC di Petaling Jaya. Foto Selangor FC
Antara aksi menarik perlawanan Selangor FC menentang Terengganu FC di Petaling Jaya. Foto Selangor FC
A
A
A

TERENGGANU FC (TFC) membuktikan kelab itu dalam kelas tersendiri pada saingan Piala Malaysia apabila mengekalkan rekod tanpa kalah selepas membelasah Selangor FC, 3-1 dalam perlawanan Kumpulan B di Stadium Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ) malam ini.

Skuad kendalian Nafuzi Zain terlebih dulu di depan hasil jaringan Faisal Halim pada minit ke-15 untuk kedudukan 1-0 separuh masa pertama.

Separuh masa kedua, pengendali The Red Giants, Karsten Neitzel memasukkan ayam tambatan Selangor, Shahrel Fikri Fauzi.

Biarpun begitu pelawat terus garang apabila Jordan Mintah melebarkan lagi pendahulu an pelawat dengan gol minit ke-70'.

Tuan rumah yang tidak berputus asa kembali mengurangkan defisit menerusi jaringan Shahrel Fikri pada minit ke-84' sebelum Mintah memadamkan kebangkitan Selangor dengan gol minit ke-90.

Kejayaan menewaskan Selangor itu menyaksikan Terengganu FC mengumpul 15 mata selepas mengharungi lima perlawanan sekali gus muncul juara kumpulan.

Selangor pula kedua dengan mengumpul sembilan mata diikuti Kuching City FC empat mata manakala Perak FC satu mata.

Kuching City pula melakar kemenangan pertama apabila menewaskan Perak FC hasil jaringan Rafiq Shah Zaim pada minit ke-71', dalam perlawanan di Stadium Perak.

Artikel Berkaitan: