Greece kenakan sekatan lebih ketat terhadap antivaksin

Untuk memastikan arahan ini dipatuhi, pemantun secara berkala akan dipergiatkan dengan kompaun dinaikkan kepada AS$5,800 sekiranya ingkar arahan. - Foto Awani
Untuk memastikan arahan ini dipatuhi, pemantun secara berkala akan dipergiatkan dengan kompaun dinaikkan kepada AS$5,800 sekiranya ingkar arahan. - Foto Awani
A
A
A

ATHENS - Kerajaan Greece mengenakan sekatan yang lebih ketat terhadap mereka yang enggan menerima vaksin bermula Sabtu.

Ia susulan peningkatan kes Covid-19 sejak kebelakangan ini.

Mereka yang enggan menerima vaksin diwajibkan untuk membuktikan keputusan ujian saringan negatif sebelum memasuki semua premis awam.

Ia termasuk bank, premis perniagaan, bangunan kerajaan dan salun rambut.

Arahan sama diperuntukkan untuk memasuki restoran dan kafe.

Namun, pengeculian hanya akan diberikan untuk memasuki pasaraya, kedai yang menjual makanan, farmasi dan tempat beribadah.

Kesemua pekerja awam dan swasta daripada kumpulan ini juga perlu membuktikan keputusan ujian negatif sekurang-kurangnya dua kali seminggu sebelum memasuki bangunan.

Untuk memastikan arahan ini dipatuhi, pemantun secara berkala akan dipergiatkan dengan kompaun dinaikkan kepada AS$5,800 sekiranya ingkar arahan.

Artikel Berkaitan:

Untuk rekod, 61 peratus keseluruhan populasi Greece sudah melengkapkan vaksinasi.

Ketika ini, pihak berkuasa kesihatan sedang mempergiatkan pemberian dos penggalak. - Awani

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!