X

Kindly register in order to view this article
!

Selasa | 05 Julai 2022

PRN Melaka: PN bertanding semua 28 kerusi

Muhyiddin semasa Majlis Pengumuman Calon dan Penyerahan Watikah PN pada Sabtu.
A
A

SHAH ALAM - [DIKEMAS KINI] Perikatan Nasional (PN) akan bertanding di kesemua 28 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka dengan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) sebanyak 15 kerusi, Pas (lapan) dan Parti Gerakan Rakyat Malaysia (Gerakan) pula sebanyak lima kerusi.

Pengerusi PN, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, dari segi latar belakang calon, 43 peratus calon berusia 40 tahun ke bawah.

Menurutnya, sebahagian besar calon juga adalah golongan profesional dan berpendidikan tinggi.

“Alhamdulillah, parti-parti komponen PN telah mencapai kata sepakat mengenai pembahagian kerusi dan senarai calon yang akan bertanding.

“Saya mengucapkan tahniah kepada semua yang telah terpilih sebagai calon Perikatan Nasional dalam PRN Melaka. Saya berdoa semoga anda semua mendapat sokongan padu daripada pengundi Melaka dan beroleh kemenangan yang cemerlang,” katanya.

Beliau berkata demikian pada Majlis Pengumuman Calon dan Penyerahan Watikah di sini pada Sabtu.

Mengulas lanjut, tambahnya, meskipun PN sebuah parti politik yang baharu, beliau yakin pengundi di Melaka akan memberikan sokongan yang luar biasa kepada parti itu.

“Saya yakin PN sebagai sebuah gabungan parti politik yang mewakili masyarakat Bumiputera dan pelbagai kaum di negara ini.

“PN berpotensi untuk membentuk budaya dan amalan politik baharu yang lebih bersih, stabil, harmoni dan sejahtera untuk semua rakyat Malaysia,” ujarnya.


Jangan lupa follow kami di Instagram, Telegram dan TikTok
Dapatkan laporan yang lebih eksklusif dan kritis, sila layari Sinar Premium
Artikel ini ialah © 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!