Polis tembak tayar, pemandu undur kereta mahu langgar polis

Tular di laman sosial mengenai rakaman video berdurasi 38 saat yang berkongsi perihal kejadian tembakan itu di Wakaf Bharu yang dikongsi warganet.
Tular di laman sosial mengenai rakaman video berdurasi 38 saat yang berkongsi perihal kejadian tembakan itu di Wakaf Bharu yang dikongsi warganet.
A
A
A

TUMPAT - Polis terpaksa melepaskan satu das tembakan ke bahagian tayar sebuah kereta selepas pemandunya bertindak mengundurkan kenderaan untuk melanggar pasukan serbuan di tepi jalan berhampiran Pasar Wakaf Bharu, di sini pada Khamis.

Timbalan Ketua Polis Kelantan, Datuk Muhamad Zaki Harun berkata, bertindak atas maklumat berkaitan dadah, sepasukan pegawai dan anggota

Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik dan Unit Ronda Cegah Jenayah Ibu Pejabat Polis Dearah (IPD) Tumpat telah mengekori sebuah kereta jenis Proton Wira dari arah Tumpat menghala ke Wakaf Bharu.

"Setiba di tepi jalan berhampiran Pasar Wakaf Bharu, pihak polis telah cuba memberhentikan kereta itu, namun suspek enggan memberikan kerjasama," katanya dalam satu kenyataan di sini pada Jumaat.

Menurutnya, susulan itu suspek telah bertindak mengundurkan kereta berkenaan untuk melanggar pasukan serbuan.

Beliau berkata, pasukan serbuan terpaksa melepaskan satu das tembakan ke arah tayar belakang sebelah kanan kereta tersebut.

Muhamad Zaki berkata, hasil pemeriksaan lanjut ke atas tubuh badan suspek dan kenderaan pihaknya telah menjumpai 943 biji pil yaba yang dianggarkan bernilai RM9,430.

"Ujian saringan air kencing ke atas suspek mendapati dia positif dadah jenis methapethamine," katanya.

Artikel Berkaitan:

Menurutnya, kes disiasat di bawah Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952 serta Seksyen 279 dan 307 Kanun Keseksaan.

Tular di laman sosial sebelum ini mengenai rakaman video berdurasi 38 saat yang berkongsi perihal kejadian tembakan itu di Wakaf Bharu yang dikongsi warganet.