Keindahan malam di persisiran Pantai Puteri

A
A
A

Orang ramai bersantai menjamu selera sambil menikmati keindahan malam di persisiran Pantai Puteri hari ini.

Selain di Pantai Klebang, Pantai Puteri juga merupakan salah satu kawasan peranginan di negeri ini yang sentiasa menjadi tumpuan pengunjung dari dalam dan luar negeri.

Pengunjung yang hadir di pantai ini pada waktu malam akan terpesona dengan keindahan suasananya yang diterangi dengan cahaya lampu selain dengan kebersihan pantai yang terjaga.

Aktiviti yang sering dilakukan di pantai ini seperti berkemah, berkelah, bermain buih belon, ATV, kereta berkuda dan menunggang unta.

Artikel Berkaitan: