Kes bunuh Zulfarhan: 18 penuntut UPNM didapati bersalah

 Seramai enam penuntut Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM didapati bersalah menyebabkan mencederakan tanpa niat membunuh Pegawai Kadet Laut UPNM, Zulfarhan Osman Zulkarnain, empat tahun lalu. Foto fail Bernama
Seramai enam penuntut Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM didapati bersalah menyebabkan mencederakan tanpa niat membunuh Pegawai Kadet Laut UPNM, Zulfarhan Osman Zulkarnain, empat tahun lalu. Foto fail Bernama
A
A
A

KUALA LUMPUR – [DIKEMASKINI] Seramai 18 penuntut Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM) didapati bersalah atas pertuduhan membunuh, bersubahat membunuh, dan mencederakan Pegawai Kadet Laut UPNM Zulfarhan Osman Zulkarnain.

Hakim Mahkamah Tinggi Datuk Azman Abdullah ketika membacakan keputusan itu pada Selasa berkata, enam tertuduh didapati bersalah di bawah Seksyen 304 Kanun Keseksaan atas tuduhan menyebabkan kecederaan tanpa niat membunuh arwah.

Enam tertuduh ialah Muhammad Akmal Zuhairi Azmal, Muhammad Azamuddin Mad Sofi, Muhammad Najib Mohd Razi, Muhammad Afif Najmudin Azahat Mohamad Shobirin Sabri dan Abdoul Hakeem Mohd Ali.

Mahkamah mendapati 12 yang lain bersalah dengan sengaja menyebabkan kecederaan terhadap mangsa untuk mendapatkan pengakuan bahawa dia telah mencuri komputer riba.

Mereka iaitu Mohd Hafiz Fauzan Ismail, Mohamad Lukhmanul Hakim Mohd Zain, Ahmad Shafwan Berdal, Muhammad Amirul Asraff Mala, Luqman Hakim Shamsuri Agus, Muhammad Sufi Mohd Mustapha, Noriznan Izzairi Noor Azhar, Muhamad Ashraf Abdullah, Muhammad Danial Firdaus Azmir, Muhammad Hasif Ismail, Muhammad Adib Iman Fuad Adi Sany dan Mohamad Syazwan Musa.

Mahkamah membuat keputusan itu selepas mendapati pihak pembelaan gagal menimbulkan keraguan munasabah terhadap kes berkenaan.

Artikel Berkaitan: