Mayat warga emas dihanyutkan arus ditemui di muara sungai

Kereta mangsa ditemui dalam keadaan remuk di tepi jalan selepas terlibat kemalangan di Persiaran Gelang Patah. Anggota bomba mengangkat mayat mangsa yang ditemui tersangkut pada pokok di tepi sungai berhampiran Jeti Nelayan Kampung Ulu Pulai pada Isnin.
Kereta mangsa ditemui dalam keadaan remuk di tepi jalan selepas terlibat kemalangan di Persiaran Gelang Patah. Anggota bomba mengangkat mayat mangsa yang ditemui tersangkut pada pokok di tepi sungai berhampiran Jeti Nelayan Kampung Ulu Pulai pada Isnin.
A
A
A

ISKANDAR PUTERI - Mayat seorang warga emas yang dihanyutkan arus selepas kereta dipandunya terlibat kemalangan di Persiaran Gelang Patah ditemui tersangkut di Sungai Ulu Pulai pada Isnin.

Ketua Polis Daerah Iskandar Puteri, Asisten Komisioner Dzulkhairi Mukhtar berkata, kereta dipandu lelaki berusia 59 tahun itu melanggar pokok sebelum terjatuh ke dalam longkang utama dan mangsa dipercayai dibawa arus hingga ke muara sungai.

"Pada kira-kira jam 8 pagi, Ibu Pejabat Polis Daerah ( IPD) Iskandar Puteri telah menerima panggilan telefon dari orang awam yang menjumpai mayat lelaki tersangkut di Sungai Ulu Pulai.

"Semasa dijumpai mayat mangsa masih berpakaian lengkap dan tiada kecederaan pada tubuh badan," katanya kenyataan pada Isnin.

Menurut Dzulkhairi, mayat mangsa dibawa Hospital Sultanah Aminah Johor Bahru untuk dibedah siasat dan telah dicamkan oleh dua orang rakannya.

"Temubual dengan dua rakan mangsa mengatakan kali terakhir mereka minum bersama di sebuah kedai di Gelang Patah pada Sabtu lalu dan balik menaiki kereta berasingan.

"Mangsa bekerja sebagai sub kontraktor dan masih bujang," katanya.

Sementara itu Komander Operasi Balai Bomba dan Penyelamat Pekan Nanas, Pegawai Bomba Kanan II, Mohd Asnawi Jumaat dalam satu kenyataan memberitahu, seramai 10 anggota terlibat membantu mengangkat mayat mangsa yang ditemui tersangkut pada pokok di tepi sungai berhampiran Jeti Nelayan Kampung Ulu Pulai.

Artikel Berkaitan: