Lebuh Raya KBKK dibuka Aidilfitri tahun ini

Mohamed Azmin ketika sidang media hari ini.
Mohamed Azmin ketika sidang media hari ini.
A
A
A

KOTA BHARU - Projek Lebuh Raya Kota Bharu - Kuala Krai (KBKK) bermula Kadok ke Ketereh sepanjang 6.85 kilometer, dijangka dibuka menjelang Aidilfitri tahun ini.

Menteri Hal Ehwal Ekonomi, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali berkata, pembinaan laluan ini dibahagikan kepada dua fasa iaitu pakej 2A (Kadok-Ketereh) dan 2B (Ketereh-Kok Lanas).

Beliau berkata, pihaknya menjangkakan projek pakej 2A siap pertengahan tahun ini atau sekurang-kurangnya dapat digunakan sementara ketika Aidilfitri.

“Pakej 2B yang akan bermula Ketereh ke Kok Lanas pula, masih dalam pelaksanaan dan saya mendapati ia berjalan lebih awal daripada jadual yang ditetapkan.

“Arahan sudah dikeluarkan supaya projek ini siap mengikut waktu yang diminta namun dalam masa sama mereka perlu mengikut standard kualiti yang terbaik,” katanya selepas menghadiri solat Jumaat dan Kenduri Rakyat di Masjid Mahmudi Mukim Kedai Melor, hari ini.

Mohamed Azmin berkata, pihaknya tidak mahu pembinaan jalan ini dibuat secara tergesa-gesa sehingga mengabaikan kualiti pembinaan.

Bagi mengatasi isu tersebut, pihak Jabatan Kerja Raya (JKR) akan memantau perkara ini dan memastikan hasil pembinaan menepati piawaian serta mengikut masa yang diberi.

Artikel Berkaitan: