Penunggang basikal kurang peka aspek keselamatan

UPB JPJ Pahang meminta agar penunggang basikal tidak menunggang dalam satu kelompok besar ketika program advokasi diadakan di Jalan Kuantan- Sungai Lembing.
UPB JPJ Pahang meminta agar penunggang basikal tidak menunggang dalam satu kelompok besar ketika program advokasi diadakan di Jalan Kuantan- Sungai Lembing.
A
A
A

KUANTAN - Kurang peka terhadap aspek keselamatan antara punca berlaku kemalangan terhadap penunggang basikal selain faktor keadaan basikal serta pemakaian keselamatan ketika menunggang.

Pengarah Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Pahang, Kamarul Iskandar berkata, jabatan itu kini melaksanakan program advokasi bagi meningkatkan kesedaran mengenai aspek keselamatan serta peraturan jalan raya.

Beliau turut menasihatkan penunggang mematuhi peraturan jalan raya bagi mengelak lebih banyak kemalangan maut.

"Kita sudah memeriksa hampir 55 penunggang basikal ketika program advokasi dengan memberikan penerangan dan nasihat kepada penunggang basikal," katanya kepada Sinar Harian Pada Isnin.

Sebelum ini katanya, sepasukan anggota dari Unit Penguatkuasaan Bermotosikal (UPB) telah mengadakan penguatkuasaan secara rondaan di sekitar Jalan Kuantan- Sungai Lembing.

Melalui penguatkuasaan itu, penguat kuasa turut memastikan penunggang sudah menerima dua dos lengkap vaksin Covid-19 bagi memastikan kesihatan pada tahap yang baik dan basikal dalam keadaan selamat.

"Penunggang juga tidak dibenarkan menunggang secara kelompok yang besar kerana ia boleh mengganggu pergerakan kenderaan lain," katanya.

Artikel Berkaitan: