5 maut, 6 cedera insiden tembakan di kelab malam Panama

Polis mengawal kawasan di luar kelab malam Espacio Panama susulan insiden tembakan yang mengorbankan lima nyawa. - Foto AP
Polis mengawal kawasan di luar kelab malam Espacio Panama susulan insiden tembakan yang mengorbankan lima nyawa. - Foto AP
A
A
A

PANAMA CITY - Sekurang-kurangnya lima maut manakala enam lagi cedera dalam kejadian tembakan di sebuah kelab malam di Panama City pada Jumaat.

Menurut polis, insiden dipercayai berlaku akibat perselisihan faham antara dua kumpulan jenayah dan berlaku di kawasan yang popular dengan pelancong dari dalam dan luar negara.

Tambahnya, ini merupakan kejadian terburuk yang berlaku di kelab malam membabitkan pertembungan dua kumpulan jenayah.

Kawasan berkenaan baharu sahaja memulakan operasi semula selepas ditutup susulan sekatan bagi mengekang penularan virus COVID-19.

Menurut laporan media tempatan, kelab malam tersebut menganjurkan parti sempena Halloween yang bakal disambut tidak lama lagi.

Pihak berkuasa memaklumkan insiden pertembungan antara kumpulan jenayah di negara itu sering dikaitkan dengan dadah. - Awani

Artikel Berkaitan: