Mayat terapung dipercayai nelayan yang dilaporkan hilang

Mayat nelayan dipercayai hilang di perairan Kuala Kurau diserahkan kepada polis untuk tindakan lanjut pada Khamis. -
Foto Maritim Malaysia.
Mayat nelayan dipercayai hilang di perairan Kuala Kurau diserahkan kepada polis untuk tindakan lanjut pada Khamis. - Foto Maritim Malaysia.
A
A
A

PARIT BUNTAR - Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) mengesahkan penemuan mayat seorang lelaki kira-kira 7.4 batu nautika barat daya Muara Kuala Kurau di sini pada Khamis.

Pengarah Zon Maritim Kuala Kurau, Komander Maritim Mohd Sharenliza Ghazali berkata, identiti mayat yang ditemui terapung itu dipercayai Ong Boon Lai, 40, yang dilaporkan hilang selepas terjatuh ke laut pada Selasa lalu.

"Pusat Operasi Zon Maritim Kuala Kurau telah menerima maklumat berkenaan penemuan mayat tersebut pada jam 9.45 pagi daripada komuniti nelayan setempat yang turut menyertai operasi pencarian itu.

"Penemuan mayat ini dipercayai berkait dengan kehilangan seorang nelayan yang hilang disyaki terjatuh ke laut di perairan muara Kuala Kurau," katanya dalam satu kenyataan pada Khamis.

Beliau berkata, mayat berkenaan dibawa ke Jeti Pasukan Polis Marin Kuala Kurau untuk proses pengecaman mangsa dan waris.

"Operasi mencari dan menyelamat yang dilaksanakan tiga hari lalu ditamatkan sekitar jam 11.45 pagi oleh Maritime Rescue Sub Centre (MRSC) Langkawi.

"Operasi terbabit melibatkan Pasukan Polis Marin, Jabatan Perikanan, Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) dan nelayan setempat," katanya.

Artikel Berkaitan: