Perhilitan siasat harimau muncul di tepi jalan raya

Tangkap layar daripada akaun Facebook milik Mohd Shahrom yang memaparkan seekor harimau muncul di tepi jalan dan mendakwa berlaku di Jemaluang, Mersing baru-baru ini.
Tangkap layar daripada akaun Facebook milik Mohd Shahrom yang memaparkan seekor harimau muncul di tepi jalan dan mendakwa berlaku di Jemaluang, Mersing baru-baru ini.
A
A
A

JOHOR BAHRU - Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) Johor sedang menyiasat dakwaan seekor harimau belang yang dikatakan muncul atas jalan raya di Mersing hingga tular dalam media sosial.

Pengarah Perhilitan Johor, Aminuddin Jamin berkata, perkara tersebut masih dalam siasatan dan orang ramai diingatkan untuk berhenti membuat sebarang spekulasi.

"Siasatan awal kita mungkin kejadian bukan di Jemaluang, Mersing seperti yang didakwa.

"Maklumat tepat selepas siasatan selesai, namun kita menasihatkan orang awam supaya sentiasa berhati-hati," katanya ketika dihubungi Sinar Harian pada Khamis.

Kejadian tersebut dipercayai dirakam seorang pengguna di tepi jalan yang didakwa di Jemaluang, Mersing baru-baru ini sebelum dimuat naik dalam Facebook Mohd Shahrom dan tular di media sosial.

Cerita mengenai harimau itu juga tular selepas seorang penolong jurutera sebuah universiti awam terbunuh selepas Honda City dipandunya terlanggar seekor gajah liar yang keluar dari kawasan hutan di Kilometer 70, Jalan Kota Tinggi-Kluang pada 16 Oktober lalu.

Sementara itu, Aminudin berkkata, Perhilitan sudah mengenal pasti tiga kawasan lintasan gajah di jalan raya di negeri ini iaitu Jalan Kahang-Jamaluang, Jalan Kota Tinggi-Mersing dan Jalan Kluang-Kota Tinggi.

Artikel Berkaitan: