Fikir dulu sebelum berkata-kata

Tengku Razaleigh bersalaman ketika hadir pada program berkenaan.
Tengku Razaleigh bersalaman ketika hadir pada program berkenaan.
A
A
A

GUA MUSANG - Menteri Kewangan, Lim Guan Eng, seharusnya berfikir dahulu sebelum mengeluarkan kenyataan yang boleh memberi kesan tidak baik kepada masyarakat.

Ahli Parlimen Gua Musang, Tengku Razaleigh Hamzah, sebagai pemimpin, beliau tidak seharusnya mengeluarkan kenyataan-kenyataan berbaur perkauman yang boleh menimbulkan suasana tegang di kalangan semua kaum di negara ini.

Katanya yang juga Pengerusi Jemaah Penasihat UMNO, penyatuan antara UMNO dan Pas bukanlah tanda 'perang' kepada kaum lain namun lebih kepada kekuatan perjuangan yang lebih berkesan.

"Gabungan ini untuk kita mencari kekuatan dalam perjuangan. Bukan niat kita untuk bermusuh.

"Malah, kita dapat lihat kerjasama ini menunjukkan tanda-tanda yang baik dan diterjemahkan secara jelas dalam PRK baru-baru ini.

"Dia (Guan Eng) salah tafsir. Pemimpin tak patut keluarkan pandangan seumpama itu. Malah, saya yakin rakyat boleh baca dan tafsir isi kandungan kata-kata beliau," katanya.

Beliau berkata demikian selepas Program Sepetang bersama Pusat Daerah Mengundi (PDM) (Seperdu), di dewan Rancangan Kemajuan Tanah (RKT) Kesedar Lebir.

Turut hadir, Timbalan Ketua Umno Bahagian, Mohd Syahbuddin Hashim, Naib Ketua Umno Bahagian, Ab Aziz Yusoff dan Ketua Penerangan Umno Bahagian, Amran Arifin.

Artikel Berkaitan: