X

Kindly register in order to view this article
!

Selasa | 30 November 2021

Guru sekolah diarah beri emas kepada bekas isteri

Gambar fail menunjukkan seorang penjual barangan rantai tangan emas di sebuah kedai di Riyadh baru-baru ini. - Foto AFP
A
A

RIYADH - Sebuah mahkamah di Arab Saudi mengarahkan supaya seorang guru sekolah untuk memberikan lebih satu kilogram (kg) emas kepada bekas isterinya baru-baru ini.

Keputusan itu dibuat selepas guru berkenaan gagal untuk menepati janjinya bagi memberikan emas tersebut semasa mereka masih hidup bersama.

Sebelum bercerai, dia terlibat dengan pertengkaran dengan wanita tersebut sehingga mengakibatkan mereka bercerai.

Sebelum bercerai, guru itu mahu memberikan isterinya sebanyak 1,802 gram emas sebagai usaha untuk mengekalkan rumah tangga mereka.

Namun, masalah yang dihadapi oleh kedua-dua mereka masih berterusan dan ia kemudian menjadi bertambah teruk.

Justeru, wanita berkenaan memfailkan satu kes bagi meminta perceraian daripada suaminya dan menuntut emas seperti yang dijanjikan, bernilai kira-kira 500,000 riyal (RM553,218).

Wanita itu juga menyerahkan bukti persetujuan lelaki tersebut yang berjanji untuk menyerahkan emas berkenaan.

Perceraian itu kemudian dibenarkan oleh mahkamah yang kemudian mengarahkan lelaki berkenaan memberikan emas seperti yang dijanjikannya.

Dia juga dikenakan denda sebanyak 500 riyal (RM553) bagi setiap hari jika lambat untuk memberikan emas tersebut.

Lelaki berkenaan juga akan dipenjarakan jika dia gagal untuk memberikan emas tersebut kepada bekas isterinya. - Agensi


Dapatkan laporan yang lebih eksklusif dan kritis, sila layari Sinar Premium
Artikel ini ialah ©️ 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!