FELCRA Wilayah Sarawak peruntuk RM1 juta perkasa program emeniti sosial

Mahdzir (tiga kiri) menyerahkan replika cek bernilai RM775,800 bagi menaik taraf dan membaik pulih bangunan awam di kawasan penempatan peserta FELCRA melibatkan 10 buah kampung pada Majlis Mesra Peserta FELCRA Bersama Menteri Pembangunan Luar Bandar, di Dewan Masyarakat Kampung Empila, Kota Samarahan pada Sabtu.
Mahdzir (tiga kiri) menyerahkan replika cek bernilai RM775,800 bagi menaik taraf dan membaik pulih bangunan awam di kawasan penempatan peserta FELCRA melibatkan 10 buah kampung pada Majlis Mesra Peserta FELCRA Bersama Menteri Pembangunan Luar Bandar, di Dewan Masyarakat Kampung Empila, Kota Samarahan pada Sabtu.
A
A
A

KOTA SAMARAHAN - FELCRA telah membelanjakan lebih RM1 juta dana bagi membantu keperluan ameniti sosial termasuk menaik taraf infrastruktur di kawasan perkampungan peserta FELCRA terutama di luar bandar Sarawak.

Menteri Pembangunan Luar Bandar, Datuk Seri Mahdzir Khalid berkata, kesemua perbelanjaan yang diperuntukkan itu di bawah Program Perlengkapan Kampung Ameniti Sosial, Program Perlengkapan Kampung-Premis Perniagaan dan Sumbangan Prihatin FELCRA 2021.

"Sebanyak RM30,500 dana diperuntukkan kepada usahawan kampung peserta FELCRA bagi membaiki bengkel tenunan songket dan sumbangan Prihatin FELCRA kepada Kampung Empila berjumlah RM8,500.

"Daripada jumlah itu, sebanyak RM100,000 diperuntukkan bagi kerja-kerja membaik pulih Dewan Sri Villa di Kampung Empila, RM48,800 dana kepada enam usahawan bimbingan FELCRA.

"Kita juga membelanjakan RM775,800 bagi menaik taraf dan membaik pulih bangunan awam di kawasan penempatan peserta FELCRA melibatkan 10 buah kampung," katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas Majlis Mesra Peserta FELCRA Bersama Menteri Pembangunan Luar Bandar, di Dewan Masyarakat Kampung Empila, di sini pada Sabtu.

Mahdzir (dua kiri) pada Majlis Mesra Peserta FELCRA Bersama Menteri Pembangunan Luar Bandar, di Dewan Masyarakat Kampung Empila, Kota Samarahan pada Sabtu.
Mahdzir (dua kiri) pada Majlis Mesra Peserta FELCRA Bersama Menteri Pembangunan Luar Bandar, di Dewan Masyarakat Kampung Empila, Kota Samarahan pada Sabtu.

Turut hadir, Timbalan Menteri Pembangunan Luar Bandar II, Datuk Hasbi Habibollah; Menteri Muda Pemodenan Pertanian, Tanah Adat dan Pembangunan Wilayah Sarawak, Datuk Dr. Abdul Rahman Ismail; Ahli Parlimen Kota Samarahan, Rubiah Wang; Ketua Setiausaha Kementeria Pembangunan Luar Bandar, Datuk Ramlan Harun dan Ketua Pegawai Eksekutif FELCRA Berhad, Datuk Mat Roni Zakaria.

Artikel Berkaitan:

Tambah Mahdzir, FELCRA sentiasa berusaha menyelesaikan isu berhubung kadar dividen peserta terutama penduduk di luar bandar.

"Insya-ALLAH mungkin keadaan akan beransur pulih dan menjadi lebih baik selepas ini selain harga kelapa sawit juga berada pada tahap yang lebih tinggi. Mungkin dividen yang diberikan kepada peserta akan lebih memuaskan.

“Saya yakin dengan harga kelapa sawit yang tinggi dan pemotongan tidak terlalu tinggi boleh diberikan semula dalam bentuk dividen kepada peserta. Sekiranya peserta mempunyai hutang dengan FELCRA dan menanam kelapa sawit dalam tempoh kira-kira lima tahun, jumlah itu perlu dibayar semula.

“Misalnya, pendapatan seorang peserta berjumlah RM5,000 dan dipotong RM2,000, ini bermakna mereka hanya ada RM3,000 namun jika RM5,000 itu dipotong hanya RM500, mereka akan ada RM4,500 dan jumlah dividen ini tinggi," jelasnya.

Tambah beliau, dividen yang diberikan ketika ini secara purata antara RM500 hingga RM7,000.