Melaka anjur acara payung terjun antarabangsa

Mohd Noorizan (tiga, kiri) bersama penganjur selepas sidang media 'International Base Jump Championship 2019' di Hotel Swiss Garden, pagi tadi.
Mohd Noorizan (tiga, kiri) bersama penganjur selepas sidang media 'International Base Jump Championship 2019' di Hotel Swiss Garden, pagi tadi.
A
A
A

MELAKA - Buat julung kalinya Melaka menganjurkan pertandingan payung terjun, 'International Base Jump Championship 2019' membabitkan dua venue, di Sky Tower, Hotel Swiss Garden dan Menara Taming Sari.

Penyelaras International Base Jump Championship 2019, Mohd Noorizan Mohd Yunus berkata, setakat ini seramai 36 peserta profesional antarabangsa serta sembilan peserta tempatan sudah mengesahkan penyertaan pada acara yang bermula dari 19 hingga 24 Mac ini.

Menurutnya, program ini melibatkan penyertaan dari negara Rusia, United Kingdom, Indonesia, Belanda, Australia, Singapura, Jepun dan tidak ketinggalan peserta tempatan.

"Penerjun akan memulakan terjunan pada ketinggian 163 meter dalam lingkungan 3 hingga 5 saat dan acara lasak ini hanya disertai oleh peserta profesional dan terlatih sahaja malah, ianya memerlukan langkah keselamatan yang terperinci bagi mengelakkan sebarang kejadian tidak diingini.

"Malaysia antara negara yang membenarkan penganjuran sukan ini manakala terdapat beberapa negara lain hanya membenarkan ia beroperasi setahun sekali sahaja dengan menetapkan beberapa lokasi khas," katanya.

Mohd Noorizan berkata pada sidang media penganjuran 'International Base Jump Championship 2019' di Hotel Swiss Garden di sini, hari ini.

Turut hadir, Pengurus Pemasaran dan Korporat Menara Taming Sari, Mohd Husni Husin.

Artikel Berkaitan: