Sila log masuk terlebih dahulu.

Belanjawan 2022 : Halatuju Kesihatan & Pendidikan Negara

21 Oktober 2021 | Wacana
A
A
A
Belanjawan 2022 : Halatuju Kesihatan & Pendidikan Negara

Bajet 2022 atau Belanjawan 2022 akan dibentangkan di Dewan Rakyat pada 29 Oktober, Jumaat ini oleh Menteri Kewangan, Senator Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz.

Pembentangan yang bakal menyusul dijangka menjadi belanjawan bersifat komprehensif dengan mengutamakan kepentingan rakyat dari pelbagai lapisan masyarakat dan tangani segera semua isu fiskal.

Selain tumpuan kesejahteraan ekonomi negara, beberapa pihak mahu kerajaan memberikan peruntukan besar kepada pendidikan negara dan juga kesihatan dalam Belanjawan 2022 bagi mengukuhkan kembali sektor tersebut yang mengalami banyak cabaran ekoran pandemik Covid-19.