Tanah mendap: Jalan Sri Hartamas 1 ditutup

Kedua-dua lorong di Jalan Sri Hartamas 1 terpaksa ditutup akibat mendapan tanah yang besar berlaku susulan hujan lebat berterusan sejak jam 2 petang di sini pada Rabu. - Foto ITIS DBKL
Kedua-dua lorong di Jalan Sri Hartamas 1 terpaksa ditutup akibat mendapan tanah yang besar berlaku susulan hujan lebat berterusan sejak jam 2 petang di sini pada Rabu. - Foto ITIS DBKL
A
A
A

KUALA LUMPUR - Kedua-dua lorong di Jalan Sri Hartamas 1 terpaksa ditutup akibat mendapan tanah yang besar berlaku susulan hujan lebat berterusan sejak jam 2 petang di sini pada Rabu.

Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Kuala Lumpur, Asisten Komisioner Sarifudin Mohd Salleh berkata, mendapan kecil sudah dikesan berlaku di laluan berkenaan sejak jam 11.30 malam pada Selasa.

"Hujan lebat di sekitar Kuala Lumpur bermula jam 2 petang telah mengakibatkan mendapan tanah menjadi lebih besar sehingga menyebabkan dua lorong di Jalan Sri Hartamas 1 ke arah Pejabat Kementerian Dalam Negeri Wilayah Persekutuan tidak boleh dilalui.

Jalan Sri Hartamas 1 ditutup berikutan mendapan tanah yang berlaku akibat hujan lebat berterusan di Kuala Lumpur.
Jalan Sri Hartamas 1 ditutup berikutan mendapan tanah yang berlaku akibat hujan lebat berterusan di Kuala Lumpur.

"Pada jam 7.30 malam, kedua-dua arah Jalan Sri Hartamas 1 telah ditutup. Tiada kemalangan jiwa dan kerosakan kenderaan awam dilaporkan," katanya dalam kenyataan pada Rabu.

Sehubungan itu, beliau menasihatkan orang awam supaya tidak menggunakan laluan tersebut.

Artikel Berkaitan: