X

Kindly register in order to view this article
!

Rabu | 19 Januari 2022

Pengurus didakwa rogol kekasih bawah umur

Tertuduh dikawal polis keluar menuju ke lokap Mahkamah Kota Bharu pada Rabu.
A
A

KOTA BHARU - Seorang pengurus tapak projek pembinaan mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini pada Rabu atas dakwaan merogol kekasihnya yang juga remaja bawah umur di sebuah rumah di sini minggu lalu.

Tertuduh, Syazwan Afiq Shariff, 24, didakwa di hadapan Hakim Ahmad Bazli Bahruddin.

Mengikut pertuduhan, tertuduh didakwa merogol remaja perempuan yang ketika kejadian berusia 14 tahun tiga hari.

Kesalahan dilakukan di sebuah rumah pada jam 5 pagi, 15 Oktober lalu.

Pendakwaan terhadap tertuduh dibuat mengikut Seksyen 376 (1) Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga 20 tahun dan sebat jika sabit kesalahan.

Pendakwaan dikendalikan oleh Timbalan Pendakwa Raya, Ahmad Fariz Abdul Hamid manakala tertuduh diwakili peguam, Roshayati Hassan.

Ahmad Farid bagaimanapun tidak menawarkan sebarang jaminan kerana tertuduh melakukan kesalahan serius terhadap remaja bawah umur.

Sementara itu, Roshayati memohon ikat jamin yang rendah dikenakan terhadap anak guamnya selain tertuduh berjanji tidak mengganggu mangsa sekiranya diberikan jaminan.

“Keluarga tertuduh terutamanya bapa memberi jaminan bahawa tertuduh tidak akan berhubung dan mengganggu mangsa selepas ini. Difahamkan, mangsa juga diambil oleh bapa saudaranya dan kini tinggal berjauhan dengan keluarga.

“Selain itu, bapa tertuduh yang merupakan seorang kontraktor juga sedia membayar jaminan yang ditetapkan oleh mahkamah,” katanya.

Ahmad Bazli kemudian membenarkan tertuduh diikat jamin RM15,000 dengan seorang penjamin termasuk syarat tambahan iaitu tidak mengganggu mangsa dan melapor diri di balai polis terdekat sekali sebulan.

Tertuduh bagaimanapun membayar ikat jamin tersebut dan mahkamah turut menetapkan tarikh 2 Disember depan untuk sebutan semula kes.


Dapatkan laporan yang lebih eksklusif dan kritis, sila layari Sinar Premium