Sultan Selangor seru kembalikan penghayatan kehidupan Rasulullah

Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah dan Tengku Permaisuri Selangor Tengku Permaisuri Norashikin. - Foto ihsan Selangor Royal Office
Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah dan Tengku Permaisuri Selangor Tengku Permaisuri Norashikin. - Foto ihsan Selangor Royal Office
A
A
A

KUALA LUMPUR - Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah menyeru umat Islam agar menyegarkan kembali penghayatan terhadap sejarah perjalanan hidup Rasulullah SAW.

Menerusi hantaran di laman Facebook rasmi Selangor Royal Office pada Isnin bersempena sambutan Maulidur Rasul esok, Sultan Sharafuddin menyeru umat Islam meneladani nilai-nilai murni peribadi Nabi Muhammad dan mengikuti segala sunnah serta ajaran Rasulullah SAW.

Sultan Selangor turut menyeru seluruh umat Islam agar memperbanyakkan selawat ke atas Nabi Muhammad SAW dan semoga kita semua beroleh syafaat Baginda di akhirat kelak, menurut hantaran itu.

Sultan Sharafuddin dan Tengku Permaisuri Selangor Tengku Permaisuri Norashikin turut berkenan menzahirkan ucapan Selamat Menyambut Maulidur Rasul 1443 Hijrah kepada seluruh umat Islam di Selangor. - Bernama

Artikel Berkaitan: