Ikan berkepala buaya berjaya ditangkap

Danny Lee Smith berjaya menangkap ikan berkepala buaya di Sungai Neosho, Kansas baru -baru ini. - Foto KDWP
Danny Lee Smith berjaya menangkap ikan berkepala buaya di Sungai Neosho, Kansas baru -baru ini. - Foto KDWP
A
A
A

TEXAS - Seorang pemancing, Danny Lee Smith berjaya menangkap seekor ikan berkepala buaya di sebatang sungai di Texas baru-baru ini.

Smith memangkap ikan tersebut di Sungai Neosho di negeri Amerika Syarikat pada bulan lalu.

Namun, kejayaannya menangkap hidupan air itu hanya didedahkan menerusi satu dokumentari yang disiarkan baru- baru ini di AS.

Berat ikan berkepala buaya yang berjaya ditangkap oleh Smith dengan pancingnya itu ialah 17.92 kilogram (kg) manakala panjang haiwan tersebut ialah 1.37 meter.

Berat ikan berkepala buaya yang berjaya ditangkap oleh Smith dengan pancingnya itu ialah 17.92 kilogram (kg) manakala panjang haiwan tersebut ialah 1.37 meter. - Foto KDWP
Berat ikan berkepala buaya yang berjaya ditangkap oleh Smith dengan pancingnya itu ialah 17.92 kilogram (kg) manakala panjang haiwan tersebut ialah 1.37 meter. - Foto KDWP

Menurut satu kenyataan Jabatan Hidupan Liar dan Taman Kansas (KDWP), lelaki itu berjaya memangkap haiwan itu setelah dia mengikuti tip memancing ikan di sungai berkenaan.

Menurut Perkhidmatan Hidupan Liar dan Ikan AS, haiwan itu boleh ditemui di kawasan dari barat daya Ohio dan selatan IIIinois sehingga ke Sungai Mississippi serta di Teluk Mexico.

Bagaimana haiwan itu boleh berada di Sungai Neosho masih menjadi misteri.

Artikel Berkaitan:

Ini adalah kerana ikan itu bukannya haiwan yang hidup secara semula jadi di sungai itu.

Justeru, Penyelia Ikan diJabatan Hidupan Liar dan Taman Kansas, Sean Lynott percaya ikan tersebut kemungkinan dilepaskan ke sungai itu dari sebuah akuarium.

"Terdapat juga kemungkinan bahawa seseorang individu telah melepaskan haiwan itu ke sungai tersebut," katanya. - Agensi