Sejauh mana UMNO-Pas mampu bertahan?

No Image Caption
A
A
A
SHAH ALAM - Sekiranya kerjasama UMNO dan Pas berterusan sehingga PRU15, ia mungkin bakal memberi satu ancaman besar buat PH bagi mempertahankan kuasa sebagai kerajaan pemerintah di negara ini.

Penganalisis politik, Prof Madya Dr Rusdi Omar berkata, bagaimanapun sejauh mana kerjasama ini dapat diteruskan ia masih menjadi persoalan pelbagai pihak.

“Kalau kita lihat dari sejarah politik sebelum ini, kerjasama UMNO dan Pas tidak bertahan lama.

“Apabila timbul konflik kerjasama itu akan berakhir dan itu yang selalu berlaku sebelum ini,” katanya kepada Sinar Harian.

Kelmarin, UMNO dan Pas dengan rasminya mengadakan pertemuan bersama bagi membincangkan hala tuju dan garis panduan kerjasama dua parti terbesar Melayu itu.

Pada masa sama, Rusdi berkata, sekiranya kerjasama ini berpanjangan sehingga ke PRU15, pembahagian kerusi bakal menjadi cabaran utama.

“Kita tidak tahu sejauh mana kerjasama ini boleh bertahan kerana Pas dan UMNO biasanya mahu bertanding di kerusi yang majoritinya Melayu.

“Contohnya di Kelantan, Terengganu, Kedah dan Pahang, adakah mereka boleh berkompromi dalam pembahagian kerusi. Jika tidak boleh berkompromi, sudah tentu ia akan datangkan masalah kepada kerjasama yang terjalin,” katanya.

Artikel Berkaitan: