Peniaga didakwa edar lebih 300kg dadah

No Image Caption
A
A
A

TAWAU - Seorang peniaga dihadapkan ke Mahkamah Majistret di sini pada Rabu atas pertuduhan mengedar dadah jenis methamphetamine seberat 303.15 kilogram pada bulan lepas.

Tiada pengakuan direkodkan daripada tertuduh Tai Chee Khiong, 49, selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Timbalan Pendaftar Mahkamah Tinggi Tawau Amir Shah Amir Hassan.

Chee Khiong didakwa melakukan kesalahan itu pada jam 7.30 malam di kawasan Kampung Batu Payung, 6 Sept lepas.

Pendakwaan dilakukan mengikut Seksyen 39B(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952 dan boleh dihukum di bawah Seksyen 39B(2) akta yang sama.

Jika sabit kesalahan, tertuduh boleh dijatuhi hukuman mati atau penjara seumur hidup dengan sebatan tidak kurang daripada 15 sebatan.

Amir Shah menetapkan 29 November ini sebagai sebutan semula kes sementara menunggu laporan kimia.

Pendakwaan dilakukan oleh Pegawai Pendakwa, Asisten Superintendan Dayang Nur Azarinawaty Awang Kachee manakala Chee Khiong tidak diwakili peguam. - Bernama

Artikel Berkaitan:
Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!