SPRM tahan penolong pegawai agensi perladangan

Seorang penolong pegawai sebuah agensi perladangan ditahan bagi membantu siasatan kes tuntutan palsu berjumlah lebih RM15,000.
Seorang penolong pegawai sebuah agensi perladangan ditahan bagi membantu siasatan kes tuntutan palsu berjumlah lebih RM15,000.
A
A
A

SHAH ALAM - Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Selangor pada Selasa menahan seorang penolong pegawai sebuah agensi perladangan bagi membantu siasatan mengemukakan tuntutan palsu berjumlah lebih RM15,000.

Menurut sumber, suspek lelaki yang berusia 41 tahun itu ditahan kira-kira sekitar 4 petang di pejabat SPRM Selangor ketika hadir memberikan keterangan.

Sumber memaklumkan, sekitar tahun 2018, suspek pada masa itu bertugas sebagai pengurus perniagaan agensi yang sama di kawasan Klang telah bersubahat dengan seorang pemilik syarikat dalam mengemukakan tuntutan palsu.

Ia berhubung kerja-kerja pembekalan pasir sungai dan tanah kepada agensi perladangan tersebut, sedangkan kerja berkenaan tidak dilaksanakan.

Sementara itu, Pengarah SPRM Selangor, Datuk Alias Salim ketika dihubungi mengesahkan penahanan tersebut dan memaklumkan bahawa kes berkenaan disiasat mengikut Seksyen 18 Akta SPRM 2009.

Katanya, suspek akan dibawa ke Mahkamah Majistret Shah Alam di sini pada Rabu bagi permohonan reman. - Bernama

Artikel Berkaitan: