Bomba selamatkan tiga budak terperangkap kebakaran

Bomba berusaha memadamkan kebakaran dalam stori di sebuah kediaman di Jalan Abadi Height di sini pada pagi Selasa.(Gsmbar kanan) Tiga kanak-kanak berusia satu hingga sembilan tahun berjaya diselamatkan.

A
A
A

PUCHONG - Jabatan Bomba dan Penyelamat Negeri Selangor menyelamatkan tiga kanak-kanak berusia di antara satu hingga sembilan tahun dalam kejadian kebakaran di sebuah kediaman di Jalan Abadi Height di sini pada pagi Selasa.

Pengarah Bomba Selangor, Norazam Khamis berkata, jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat Cyberjaya bergegas ke lokasi selepas menerima panggilan kecemasan kira-kira jam 10.15 pagi.

"Sebuah rumah teres dua tingkat terbakar sebanyak 10 peratus di bahagian stor," katanya dalam kenyataan pada Selasa.

Norazam berkata, api berjaya dikawal oleh anggota bomba sejurus tiba di lokasi kejadian sekitar jam 10.37 pagi dan tiada kecederaan serius dilaporkan.

"Seorang kanak-kanak perempuan berusia sembilan tahun mengalami sesak nafas dan dua kanak-kanak lelaki berusia lapan dan satu tahun tidak mengalami sebarang kecederaan,"katanya.

Artikel Berkaitan: