Gambarkan Kerajaan PH seperti negara China

Mohd Saupi menunjukkan keratan Facebook berkenaan.
Mohd Saupi menunjukkan keratan Facebook berkenaan.
A
A
A

TUMPAT - Amanah Tumpat meminta pihak berkuasa menjalankan siasatan terhadap seorang pemilik akaun Facebook, susulan statusnya berbau fitnah terhadap Kerajaan Malaysia dan sensitiviti kaum.

Status berbaur fitnah tersebut dimuat naik sejak semalam di Facebook miliknya.

Setiausaha Amanah Cawangan Banggol Petani, Muhamad Saupi Jusoh berkata, status pemilik akaun itu mengambarkan seolah-olah negara ini seperti negara China di bawah Kerajaan PH.

Beliau berkata demikian selepas membuat laporan polis di Balai Polis Wakaf Bharu, hari ini.

Muhamad Saupi berkata, susulan status tersebut, dia membuat satu laporan polis bagi membolehkan polis menyiasat pemilik akaun Facebook tersebut.

"Saya khuatir fitnah ini boleh memecahkan perpaduan kaum di negara ini.

Muhamad Saupi membuat laporan polis terhadap pemilik akaun Facebook tersebut.
Muhamad Saupi membuat laporan polis terhadap pemilik akaun Facebook tersebut.

" Dia juga memfitnah kerajaan dan parti politik Malaysia.

"Saya bimbang akan berlaku kejadian yang tidak diingini jika pemilik akaun itu terus memuat naik status berbaur perkauman ini," katanya.

Artikel Berkaitan:

Menurutnya, status itu juga beberapa kali memuat naik status perkauman yang boleh memecah belahkan keharmonian apabila memberi komen mengenai kes lelaki hina nabi dan penutupan stesen penyiaran RTM.