Tiket ke utara, pantai timur dapat permintaan luar jangka

Gambar hiasan - Foto 123RF
Gambar hiasan - Foto 123RF
A
A
A

SHAH ALAM - Tiket pengangkutan awam ke utara, pantai timur dan pusat peranginan pada hujung minggu menerima permintaan luar jangkaan susulan kebenaran rentas negeri bermula Isnin.

Kumpulan Ketua Pegawai Eksekutif Sani United Bhd, Md Yusri Che Romli berkata, pusat peranginan seperti Langkawi dan Terengganu turut mendapat permintaan tinggi daripada orang ramai.

“Pembelian tiket di Klang Sentral meningkat dan saya percaya di Terminal Bersepadu Selatan (TBS) pun sama. Permintaan bas ini sudah penuh untuk ke utara dan pantai timur terutama destinasi pusat peranginan.

“Kami menyediakan bas untuk ke stesen bas di Kuala Besut sebelum penumpang bertolak ke Pulau Perhentian dan Kuala Perlis sebelum ke Langkawi,” katanya kepada Sinar Harian pada Isnin.

Dalam pada itu, syarikat pengangkutan awam, Mara Liner akan beroperasi semula seperti sebelum pandemik Covid-19.

Gambar dari kiri: Zachary Ismail, Md Yusri
Gambar dari kiri: Zachary Ismail, Md Yusri

Ketua Pegawai Eksekutif MARA Liner Sdn Bhd, Zachary Ismail Zee Ismail berkata, pergerakan bas terpaksa dihadkan pada tahun lepas berikutan negara berada dalam Perintah Kawalan Pergerakan.

“Pengumuman Perdana Menteri memberi kita harapan. Jadi kami bergerak dengan kapasiti penuh iaitu kira-kira 100 buah bas setiap hari atas jalan,” ujarnya.

Artikel Berkaitan:

Menurut Zachary Ismail, pihaknya turut mengambil langkah proaktif dalam memastikan prosedur operasi standard (SOP) sentiasa dipatuhi seperti mana ditetapkan oleh kerajaan.

“Daripada kami Mara Liner mengambil langkah-langkah proaktif meneruskan penjagaan sosial seperti arahan SOP Majlis Keselamatan Negara.

“Kita akan memastikan penumpang mengambil suhu dan mendaftar masuk dengan MySejahtera,” katanya.