Rentas negeri: LPT2 jangka peningkatan 45,000 kenderaan setiap hari

Kakitangan LPT2 terdiri daripada LPT2 Ronda, pasukan keselamatan dan penyelenggaraan lebuh raya di seluruh laluan sepanjang 184 km sentiasa bersedia untuk sebarang kemungkinan.
Kakitangan LPT2 terdiri daripada LPT2 Ronda, pasukan keselamatan dan penyelenggaraan lebuh raya di seluruh laluan sepanjang 184 km sentiasa bersedia untuk sebarang kemungkinan.
A
A
A

SHAH ALAM - Lebuh Raya Pantai Timur 2 Sdn Bhd (LPT2) yang mengendalikan lebuh raya dua hala menghubungkan Jabor dan Kuala Terengganu di Pantai Timur (ECE2) dijangka berlaku peningkatan antara 38,000 hingga 45,000 kenderaan setiap hari sebaik kebenaran rentas negeri diumumkan tidak lama lagi.

Pengurus Perniagaan Wilayah LPT2, Suhaimi Samat, berkata, ramai penduduk daerah tersebut akan merebut peluang untuk melancong dan berhubung semula dengan keluarga serta sahabat di negeri-negeri lain.

“LPT2 secara asasnya sentiasa bersedia untuk sebarang peningkatan jumlah kenderaan.

“Pasukan petugas kami di lapangan sudah bersedia untuk pertambahan kenderaan sebaik pengumuman perjalanan antara negeri dibenarkan nanti.

“Semua 10 plaza tol di LPT2 bersedia menyambut pelanggan lebuh raya kami," katanya dalam kenyataan pada Ahad.

Mengulas lanjut, Suhaimi menjelaskan, kakitangan LPT2 yang terdiri daripada LPT2 Ronda, pasukan keselamatan dan penyelenggaraan lebuh raya serta kakitangan perkhidmatan pelanggan di seluruh laluan sepanjang 184 kilometer sentiasa bersedia untuk sebarang kemungkinan.

Artikel Berkaitan:

Informasi 16 lokasi kios tambah nilai sepanjang LPT2.
Informasi 16 lokasi kios tambah nilai sepanjang LPT2.

Menurutnya, kerjasama dengan polis trafik dan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) juga meningkatkan penguatkuasaan di lebuh raya seterusnya memberi ketenangan kepada pengguna lebuh raya.

"Dengan 89.4 peratus daripada penduduk dewasa kita telah divaksin sepenuhnya setakat 8 Oktober, kami menjangkakan pengumuman yang ditunggu-tunggu akan diputuskan segera.

“Bagaimanapun, kami tetap mengingatkan semua yang telah lengkap divaksin untuk terus mengikuti prosedur operasi standard (SOP) Majlis Keselamatan Negara (MKN).

“Ia termasuk menunjukkan status MySejahtera, memakai topeng muka berganda yang betul, mengekalkan penjarakan fizikal, dan menggunakan pembersih tangan, apabila berhenti untuk berehat di lima pusat Rehat dan Rawat (R&R) dan empat hentian sebelah kami,” ujarnya.

Tambahnya, semua kemudahan awam di R&R dan hentian sebelah LPT2 sentiasa dibersihkan mengikut jadual pembersihan yang ketat sebagai sebahagian daripada komitmen jangka panjang LPT2.

Usahakan ini kata beliau, untuk memastikan kebersihan dapat dikekalkan kerana kemudahan seperti surau dan tandas dibuka 24 jam.