Diarah turun dari kereta api kerana salah pakai pelitup muka

Seorang penumpang kereta api Eurostar diarah turun kerana memakai jenis pelitup muka yang salah di Perancis. - Foto AFP
Seorang penumpang kereta api Eurostar diarah turun kerana memakai jenis pelitup muka yang salah di Perancis. - Foto AFP
A
A
A

PARIS - Polis Perancis menangkap seorang penumpang lelaki yang menaiki sebuah kereta api kerana dia didakwa memakai jenis pelitup muka yang salah baru-baru ini.

Lelaki warga United Kingdom (UK) itu ditahan selepas seorang pengurus wanita kereta api tersebut mendakwa penumpang berkenaan memakai jenis pelitup muka yang salah.

Kejadian itu berlaku ketika pengangkutan awam itu dalam perjalanan ke England dari Perancis.

Penumpamg itu kemudian diturunkan di stesen kereta api Lille, utara Perancis.

Lelaki berkenaan diiringi oleh lapan anggota polis dan dia dibiarkan berada di stesen tersebut manakala kereta api berkenaan meneruskan perjalanan ke England.

Dalam pada itu, pengurus wanita tersebut mengesahkan dia melaporkan lelaki itu memakai jenis pelitup muka yang salah.

Tujuan wanita itu berbuat demikian adalah bagi menggelakkan penularan virus Covid-19. - Agensi

Artikel Berkaitan: