Bukti komitmen kerajaan bela kes kematian Adib

Muhammad Adib - Foto fail Sinar Harian (Gambar Sebelah) Tangkap layar hantaran Facebook Reezal Merican pada Sabtu
Muhammad Adib - Foto fail Sinar Harian (Gambar Sebelah) Tangkap layar hantaran Facebook Reezal Merican pada Sabtu
A
A
A

SHAH ALAM - Penubuhan Jawatankuasa Khas merupakan bukti komitmen kerajaan dalam memastikan kes kematian pegawai bomba, Allahyarham Muhammad Adib Mohd Kassim untuk mendapatkan keadilan.

Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT), Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican berkata, ia sekali gus menghadapkan pelaku arwah ke muka pengadilan.

“Misi keadilan Allahyarham Muhammad Adib diteruskan.

“Mesyuarat Jemaah Menteri telah memutuskan kewujudan satu jawatankuasa khas bagi memastikan siasatan menyeluruh, telus dan pembelaan sewajarnya terhadap kes kematian anggota bomba ini,” katanya menerusi hantaran di Facebook pada Sabtu.

Jawatankuasa tersebut akan dipengerusikan oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-Undang), Datuk Seri Wan Junaidi Tuanku Jaafar dan turut dianggotai oleh Menteri Dalam Negeri (KDN), Datuk Seri Hamzah Zainuddin, Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT), Reezal Merican serta Peguam Negara, Tan Sri Idrus Harun.

Dalam pada itu, beliau akan menggalas tanggungjawab dan komitmen tersebut secara berterusan untuk memastikan pembelaan sewajarnya diberikan ke atas kematian Allahyarham.

Artikel Berkaitan: