KPM digesa perjelas kenaikan kos naik taraf sekolah daif

JKPPH gesa KPM beri penjelasan terperinci berhubung peningkatan kos melibatkan proses menaik taraf dan membangun semula sekolah daif di seluruh negara. - Foto Bernama
JKPPH gesa KPM beri penjelasan terperinci berhubung peningkatan kos melibatkan proses menaik taraf dan membangun semula sekolah daif di seluruh negara. - Foto Bernama
A
A
A

SHAH ALAM - [DIKEMAS KINI] Jawatankuasa Pendidikan Pakatan Harapan (JKPPH) menggesa Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) memberi penjelasan terperinci berhubung peningkatan kos melibatkan proses menaik taraf dan membangun semula sekolah daif diseluruhnegara.

JKPPH dalam satu kenyataan berkata, pihaknya mengambil maklum jawapan diberikan Menteri Kanan Pendidikan, Datuk Dr Radzi Jidin di Dewan Rakyat berkait kos diunjurkan bagimenaik taraf sekolah-sekolah terbabit dalam pembentangan Rancangan Malaysia Ke-12 (RMK12), namun menyifatkan kos terbabit meningkat secara mendadak.

Menurut kenyataan itu, JKPPH menganggarkan kos purata menaik taraf dan membangun semula sekolah itu dalam RMK12 meningkat sebanyak 2.7 kali ganda dengan anggaran RM10.8 juta berbanding kos purata dalam RMK11 iaitu RM3.9 juta.

"JKPPH beranggapan bahawa situasi peningkatan kos yang begitu besar dalam proses menaik taraf dan membangun semula sekolah daif di seluruh negara sama sekali mendatangkan kecurigaan dan boleh dipersoalkan," kata kenyataan tersebut pada Khamis.

Dalam masa sama, pihaknya turut menggesa Kementerian Kerja Raya dan KPM memberi senarai 148 bangunan daif yang telah disenaraikan dan juga skop kerja berkenaan untuk penelitian orang ramai.

Katanya, ia bagi membolehkan orang ramai boleh meneliti secara kendiri samada peningkatan kos itu munasabah dan tiada unsur 'mark up'.

"JKPPH menyeru agar dana awam yang digunakan perlulah dilaksanakan secara telus dan berintegriti bagi mengelakkan pembaziran dan penyelewengan dana awam," katanya.

Artikel Berkaitan: