Pas sedia hadapi PRN Melaka

Abdul Hadi Awang
Abdul Hadi Awang
A
A
A

SHAH ALAM - Pas bersedia menghadapi sebarang kemungkinan berdepan Pilihan Raya Negeri (PRN) jika dilaksanakan.

Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang berkata, bagaimanapun parti tersebut melahirkan rasa kesal atas pembubaran Dewan Undangan Negeri (DUN) Melaka secara luar jangka dalam tempoh pemulihan pandemik.

"Pas mengikuti perkembangan politik di Melaka dan melahirkan kekesalan di atas pembubaran Dewan Undangan Negeri (DUN) Melaka secara luar jangka dalam tempoh pemulihan pandemik ini.

"Namun Pas menyatakan kesediaan untuk menghadapi sebarang kemungkinan, termasuklah mendepani pilihan raya negeri (PRN) sekiranya dilaksanakan," katanya dalam satu kenyataan pada Selasa.

Pada Selasa, Suruhanjaya Pilihan Raya menerima pemakluman rasmi berhubung pembubaran Dewan Undangan Negeri (DUN) Melaka penggal ke-14, sekali gus menyaksikan satu PRN perlu diadakan dalam tempoh 60 hari daripada tarikh pembubaran itu.

Dalam pada itu Abdul Hadi berkata, Pas telah menubuhkan sebuah Jawatankuasa Induk PRN Melaka bagi merangka strategi menghadapi pilihan raya tersebut.

Jelasnya, Jawatankuasa tersebut dipengerusikan oleh Datuk Seri Dr Ahmad Samsuri Mokhtar, Naib Presiden Pas, dengan dibantu oleh Jabatan Pilihan Raya Pas Pusat dan Badan Perhubungan Pas Negeri Melaka.

Artikel Berkaitan: