Tiga kereta dihempap pokok tumbang

Perodua Bezza remuk di bahagian depan selepas ditimpa pokok.
Perodua Bezza remuk di bahagian depan selepas ditimpa pokok.
A
A
A

KEPONG - Tiga pemilik kereta mengalami kerugian selepas kenderaan mereka remuk dihempap pokok tumbang di kawasan komersil di Jalan Ehsan di sini pada petang Rabu.

Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat (JBPM) Selangor, Norazam Khamis berkata, pihaknya menerima panggilan pada jam 5.41 petang.

Menurutnya, sepasukan enam anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Selayang diketuai Komander Operasi, Samsudin Saman tiba ke lokasi kejadian 11 minit kemudian.

"Kejadian itu melibatkan kereta jenis Proton Wira, Perodua Bezza dan Toyota Vios. Anggota bomba bertindak mengalihkan pokok tumbang itu," katanya dalam kenyataan pada Rabu.

Tambahnya, tiada mangsa terlibat dalam kejadian tersebut.

Artikel Berkaitan: