Sila log masuk terlebih dahulu.

TVET:Emas yang terpinggir

05 Oktober 2021 | Wacana
A
A
A

Pakar akademik menggesa kerajaan mewujudkan dasar atau garis panduan program Pendidikan Teknikal dan Latihan Vokasional (TVET) beralaf baharu bagi mengiringi aspirasi memperkasakan bidang itu dalam Rancangan Malaysia Ke-12 (RMK12).

Penekanan kepada kaedah pembelajaran dan pengajaran (P&P) yang berkesan supaya TVET tidak lagi dilihat sebagai pendidikan alternatif kepada pelajar yang tercicir.

Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob ketika membentangkan RMK12 turut memaklumkan sistem pendidikan perlu mengeluarkan modal insan berkualiti dan berkemahiran tinggi bagi memenuhi kehendak industri termasuk memperkukuh pendidikan sains, teknologi, kejuruteraan dan matematik (STEM) dan memperkasakan TVET.