Jangan jual F-35 jika Turki beli S-400: AS

Sistem pertahanan peluru berpandu S-400
Sistem pertahanan peluru berpandu S-400
A
A
A

BRUSSELS - BELGIUM. Komander Pemerintah Amerika Syarikat (AS) di Eropah, Jeneral Curtis Scaparrotti berkata, AS tidak boleh menjual jet pejuang F-35 berteknologi tinggi kepada Turki, sekiranya Ankara meneruskan rancangan mereka untuk membeli sistem pertahanan canggih S-400 Rusia.

Scaparrotti berkata, beliau mengeluarkan kenyataan itu sebagai 'nasihat ketenteraan terbaik' kepada anggota Dewan Senat AS.

Katanya lagi, sekiranya berdegil, Turki bakal berdepan 'akibat' antaranya tiada lagi urusan jual beli kelengkapan tentera antara Washington dan Ankara.

Malah katanya, penglibatan Turki dalam program F-35 akan dinilai semula.

Pada 2017, Turki dan Russia menandatangani perjanjian pembekalan peluru berpandu permukaan ke udara S-400. Perjanjian S-400 itu, dilaporkan bernilai kira-kira AS$2.5 bilion (RM10.15 bilion) mencetuskan kebimbangan di Barat kerana Turki adalah anggota NATO dan sistem itu tidak boleh disepadukan dalam persekitaran NATO.

Ia adalah tindakan terbaharu Ankara meningkatkan keupayaan pertahanan ketika berdepan ancaman militan Kurdis dan Daesh serta konflik di sempadan Syria dan Iraq. - Agensi

Artikel Berkaitan: