Pelbagai menu mampu penuhi selera anda di GrabFood

A
A
A

No Image Caption

Bila sebut pasal makan, rakyat Malaysia memang terkenal dengan ‘hobi’ suka meneroka cita rasa baharu setiap hari. Uniknya di Malaysia, anda boleh mengidam untuk makan apa sahaja jenis menu; dari masakan barat, Korea, Cina, India sehingga hidangan tradisional, semuanya ada!

Lagi mudah bila ada pelbagai aplikasi pesanan makanan atas talian seperti GrabFood yang sentiasa menjadi pilihan utama rakyat Malaysia untuk memenuhi selera mereka. Semuanya hanya di hujung jari, lebih-lebih lagi perkhidmatan penghantaran makanan oleh GrabFood juga ditawarkan untuk kawasan-kawasan luar Lembah Klang dan menu kegemaran anda akan sampai depan pintu. Mudah!

Aplikasi GrabFood ini bukan sahaja memudahkan restoran membuat penghantaran makanan, namun ia juga memudahkan pelanggan memesan makanan yang enak dari restoran pilihan tanpa perlu keluar dari rumah.

Perkhidmatan GrabFood ini juga turut mempunyai pelbagai kod promo yang boleh digunakan semasa membuat tempahan makanan.

GrabFood menjimatkan kos, masa dan tenaga anda kerana tidak perlu berhadapan dengan kesesakan lalu lintas. Masa penghantaran juga begitu pantas serta kualiti makanan tetap terjaga kerana ia diletakkan di dalam beg thermal yang akan mengekalkan suhu makanan tersebut.

Jom kita terokai restoran-restoran yang menawarkan pelbagai hidangan menyelerakan yang boleh anda dapati di GrabFood tidak kira di mana anda berada jua.

Artikel Berkaitan:

CAN by Haru Hari, Lebuh Gelugor, Pulau Pinang

Pelbagai pilihan menu ditawarkan di CAN Cafe.
Pelbagai pilihan menu ditawarkan di CAN Cafe.

Kafe paling ngam untuk anda menikmati pelbagai hidangan yang menyelerakan. Terletak di Ghee Hiang Garden, Lebuh Gelugor, kafe ini menjanjikan suasana tenang dengan taman kecil dan premis kaca.

CAN by Haru Hari menawarkan hidangan bersaiz kecil dengan pilihan lebih 10 menu makanan dan beberapa pilihan kek.

Memandangkan ia baru dibuka tahun ini dan masih ‘panas-panas’, kafe ini sentiasa penuh dengan pelanggan. Tapi anda jangan risau! Anda masih boleh menikmati menu yang disediakan CAN by Haru Hari dengan pesan sahaja melalui GrabFood.

Selera anda pasti dipenuhi di CAN Cafe.
Selera anda pasti dipenuhi di CAN Cafe.

Selera anda pasti dapat dipenuhi dengan hujung jari. Anda boleh pesan Set Keluarga iaitu 1 set Signature Tiramisu, Burnt Cheese Cake, Lotus Biscoff Cheese Cake and Chocochip cookies; 1 Grilled Chicken; 1 Ponzu Salmon; Any 2 Pasta; Any 3 Drinks; 2 Salad or Soup;

Atau anda boleh pesan menu ringan seperti Teratai Goreng, Nachos Bolognese Cheezy Fries dan macam-macam lagi.

Menu makanan anda itu boleh dipadankan dengan minuman kopi terbaik yang ditawarkan CAN by Haru Hari.

Lepau Restaurant, Kuching, Sarawak

Sebuah restoran yang unik berbentuk seumpama pondok terletak di Jalan Ban Hock, Kuching memang terkenal dengan hidangan tradisi suku kaum Kenyah/Kayan bersama hidangan tradisional etnik lain sejak 2014. Lepau boleh diterjemahkan sebagai Bangsal Padi dalam Kenyah/Kayan.

Hidangan tradisional Ayam Pansuh di Restoran Lepau.
Hidangan tradisional Ayam Pansuh di Restoran Lepau.

Hidangan istimewa di restoran ini yang tiada tolak bandingnya adalah Ayam Pansuh – hidangan ini dimasak bersama daun ubi kayu dan rebung buluh untuk memastikan daging ayamnya kekal lembut.

Selain itu, Umai – makanan tradisional Sarawak yang cukup tersohor juga turut ditawarkan di Restoran Lepau. Terdapat pelbagai pilihan Umai seperti Umai Udang, Umai Sotong dan macam-macam lagi.

Jika anda mencari bermacam masakan tradisional Sarawak, Restoran Lepau mesti jadi pilihan.
Jika anda mencari bermacam masakan tradisional Sarawak, Restoran Lepau mesti jadi pilihan.

Tidak ketinggalan pencuci mulut yang popular dan unik iaitu ais krim tapai menjadi kegemaran pelanggan. Banyak lagi menu tradisional yang terdapat di Restoran Lepau.

Sajian pencuci mulut, ais krim tapai.
Sajian pencuci mulut, ais krim tapai.

Iwan Lamian, Kuching, Sarawak

Kafe Iwan Lamian sememangnya pakar dalam masakan masyarakat Muslim China.
Kafe Iwan Lamian sememangnya pakar dalam masakan masyarakat Muslim China.

Kafe yang berada di tingkat bawah kompleks ICOM Square, Jalan Pending, merupakan salah satu restoran yang menawarkan hidang mee tarik di Kuching. Iwan Lamian menyediakan menu daripada masyarakat Muslim Hui berasal dari bandar Lan Zhou, China.

Cumin Lamb Rack yang pasti membuka selera anda.
Cumin Lamb Rack yang pasti membuka selera anda.

Makanan di sini juga dijamin mesra muslim kerana tiada penggunaan alkohol ataupun daging babi sama sekali. Jadi tunggu apa lagi jom nikmati mi ini dengan membuat pesanan anda sekarang!

Mee tarik sentiasa menjadi pilihan pelanggan di Kafe Iwan Lamian.
Mee tarik sentiasa menjadi pilihan pelanggan di Kafe Iwan Lamian.

Selain hidangan mee tarik dalam pelbagai pilihan, Iwan Lamian juga turut menawarkan menu-menu lain yang tak kurang hebatnya. Anda mungkin boleh memesan Cumin Lamb Rack, Braised Beef Fride Rice mahupun Chicken Dumpling Soup.

Warung Mercik - Kambing Bakar, Kota Damansara

Nama restoran ini pun cukup simbolik; ‘Mercik’ yang boleh didefinisikan sebagai sangat menyelerakan.

Warung Mercik ini dimiliki oleh saudara Zulrushdi Ismail sejak 2015 dan ia diusahakan atas inspirasi pemiliknya yang gemar memasak dan makan.

Jika kebanyakan port kambing bakar yang wujud di sekitar Lembah Klang menyediakan menu selera tempatan, Warung Mercik pula berasakan selera tempatan dan Barat.

Nasi Kambing Bakar dengan Sambal Air Asam Utara menjadi hidangan signature di Warung Mercik.
Nasi Kambing Bakar dengan Sambal Air Asam Utara menjadi hidangan signature di Warung Mercik.

Selera tempatan yang menjadi hidangan popular pula, Nasi Kambing Bakar Dengan Sambal Air Asam Utara yang disajikan bersama nasi mentega, memang laku keras!

Antara hidangan burger yang ditawarkan di Warung Mercik.
Antara hidangan burger yang ditawarkan di Warung Mercik.

Untuk selera Barat, anda boleh cuba Grilled Lamb yang disajikan bersama kentang putar, coleslaw dan sayur-sayuran. Burger Kambing Bakar juga turut disediakan.

Deli Wau – Citta Mall, Ara Damansara

Jika anda inginkan makanan Malaysia yang authentic, Deli Wau mungkin menjadi pilihan terbaik untuk memenuhi selera anda. Restoran yang terletak di Citta Mall, Ara Damansara, Petaling Jaya ini menawarkan pelbagai hidangan menu lokal yang menggiurkan.

Deli Wau boleh memenuhi kehendak selera anda.
Deli Wau boleh memenuhi kehendak selera anda.

Bila ke Deli Wau, anda mesti cuba Nasi Kerabu Daging Bakar, Nasi Dagang Ayam Kerutuk dan Nasi Cik Siti yang disediakan mengikut cita rasa hidangan Pantai Timur asli.

Anda mesti mencuba Nasi Dagang Ayam Kerutuk dengan cita rasa asli Pantai Timur.
Anda mesti mencuba Nasi Dagang Ayam Kerutuk dengan cita rasa asli Pantai Timur.

Anda juga boleh memilih untuk cuba menu tempatan lain seperti mee goreng mamak, kuey teow udang, mee kari jawa ataupun roti canai.

Perut anda pasti penuh dengan setiap satu hidangan kerana ‘portion’ yang disediakan agak banyak. Memang berbaloi dengan harga yang dibayar.

Mee Goreng Mamak juga terdapat di Kafe Deli Wau.
Mee Goreng Mamak juga terdapat di Kafe Deli Wau.