Terima semula Lokman Adam sebagai ahli UMNO proses biasa

Lokman Adam
Lokman Adam
A
A
A

KUALA LUMPUR - Penerimaan semula bekas Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO, Datuk Lokman Noor Adam untuk menjadi ahli parti itu semula adalah proses biasa.

Timbalan Presiden UMNO, Datuk Seri Mohamad Hasan berkata, mesyuarat Majlis Tertinggi UMNO pada Rabu membuat ketetapan untuk menerima semula Lokman tetapi hanya sebagai ahli biasa.

"Menerima Lokman yang telah dipecat keahlian beliau sebagai ahli biasa UMNO adalah proses biasa. Sebelum ini pun, ramai ahli UMNO yang dipecat diterima semula sebagai ahli biasa," katanya ketika dihubungi Bernama di sini pada Khamis.

Sementara itu, Lokman dalam reaksinya berkata, beliau dimaklumkan mengenai perkara tersebut oleh Setiausaha Agung UMNO, Datuk Seri Ahmad Maslan.

Sambil berterima kasih kepada Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi dan barisan MT UMNO, Lokman turut berazam untuk melakukan yang terbaik bagi memastikan kemenangan parti itu dalam Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) akan datang.

"Terima kasih kepada semua yang mendoakan saya dan memberikan sokongan moral kepada saya selama ini," katanya dalam catatan yang dimuat naik di laman Facebook UMNO.

Lokman yang juga Ahli Majlis Tertinggi yang menang bertanding jawatan berkenaan dipecat daripada UMNO pada 7 Februari tahun lepas. - Bernama

Artikel Berkaitan: