X

Kindly register in order to view this article
!

Isnin | 25 Oktober 2021

Rugi RM2,000 disamun 'pelanggan' dodol

Arshad Abu
A
A

ALOR GAJAH - Seorang lelaki berpura-pura mahu membeli dodol sebelum menyamun rantai emas seorang wanita di sebuah rumah di Kampung Air Tanai Ayer Paabas, di sini pada Isnin.

Dalam kejadian jam 11.40 pagi, wanita berusia 54 tahun yang merupakan peniaga dodol itu didatangi suspek dipercayai berusia 20an ketika berseorangan di rumah.

Ketua Polis Daerah Alor Gajah, Superintendan Arshad Abu berkata, bagaimanapun ketika urusan jual beli dilakukan suspek telah bertindak meragut rantai yang dipakai dileher mangsa menyebabkan dia mengalami kerugian RM2,000.

"Suspek turut mengambil dodol bernilai RM30 sebelum melarikan diri dengan sebuah kereta jenis Perodua Myvi dan nombor pendaftaran belum diperoleh.

"Mangsa yang tidak mengalami sebarang kecederaan kemudian membuat laporan polis di balai polis berdekatan," katanya dalam satu kenyataan pada Isnin.

Jelas beliau, polis sedang mengesan suspek dan saksi kejadian diminta tampil untuk membantu siasatan di bawah Seksyen 392 Kanun Keseksaan.


Dapatkan laporan yang lebih eksklusif dan kritis, sila layari Sinar Premium
Artikel ini ialah ©️ 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!