X

Kindly register in order to view this article
!

Khamis | 28 Oktober 2021

Warga emas maut terjatuh dari tingkat 29

Seorang warga emas terjatuh dari tingkat 29 dan tersangkut di balkoni tingkat 16 di Atarzia Park Forest City, Iskandar Puteri, pada Isnin.
A
A

ISKANDAR PUTERI - Seorang warga emas maut selepas dipercayai terjatuh dari bangunan di Blok F, Plot 29, Atarzia Park Forest City di sini pada Isnin.

Komander Operasi dari Balai Bomba dan Penyelamt (BBP) Iskandar Puteri, Pegawai Bomba Kanan II Ishak Noh berkata, pihaknya menerima laporan kejadian tersebut pada jam 2.58 pagi sebelum sembilan anggota bersama jentera Fire Rescue Tender (FRT) dikejarkan ke lokasi.

Beliau memberitahu, mangsa, Samsiyah Yakob, 66, jatuh dari bangunan tingkat 29 dan tersangkut di balkoni tingkat 16.

"Mangsa merupakan warga Indonesia yang mendapat status Pemastautin Tetap tinggal dan bersama-sama anak angkat berumur 13 tahun di rumah tersebut," katanya dalam satu kenyataan pada Isnin.

Tambah beliau, mayat mangsa diserahkan kepada polis untuk tindakan lanjut dan operasi tamat pada jam 4.55 pagi.


Dapatkan laporan yang lebih eksklusif dan kritis, sila layari Sinar Premium
Artikel ini ialah ©️ 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!