X

Kindly register in order to view this article
!

Jumaat | 29 Oktober 2021

PM ucap tahniah kepada Maryam Muzamir

Maryam Muzamir, 11, berjaya menangi tiga pingat emas dalam pertandingan inovasi dan reka cipta di Toronto, Kanada pada Ogos.
A
A

KUALA LUMPUR - Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob mengucapkan syabas dan tahniah kepada Maryam Muzamir atas kejayaannya mengharumkan nama negara selepas meraih tiga pingat emas dalam Pertandingan Inovasi dan Reka Cipta Antarabangsa Kanada ke-6 (iCAN 2021), di Toronto, Kanada, bulan lepas.

Berbangga dengan pencapaian murid tahun lima Sekolah Kebangsaan (SK) Perempuan Methodist, Kuantan, Pahang itu, perdana menteri turut berdoa agar Maryam terus menempa lebih banyak kejayaan pada masa hadapan.

Perdana Menteri berkata demikian dalam hantaran melalui media sosialnya pada Ahad.

Maryam, 11, beroleh kejayaan dalam pertandingan inovasi dan reka cipta terbesar di benua Amerika Utara itu selepas mencipta inovasi makanan haiwan daripada kulit udang dan siput sedut.

Kejayaannya turut mendapat perhatian dunia melalui siaran Rancangan TV terkemuka, The Late Late Show with James Corden.

Maryam bukan sahaja mengenepikan 600 peserta lain dari 70 negara, tetapi beliau juga menjadi pemenang termuda dalam pertandingan tersebut. - Bernama


Dapatkan laporan yang lebih eksklusif dan kritis, sila layari Sinar Premium
Artikel ini ialah ©️ 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!