Diskusi ilmiah beri kesedaran rasuah

Idris Ahmad
Idris Ahmad
A
A
A

SHAH ALAM - Diskusi ilmiah seperti yang diwujudkan oleh Rakan Siswa Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (Yadim) merupakan suatu usaha yang baik kepada masyarakat.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Senator Idris Ahmad berkata, diskusi melalui program D’ Apprentice II yang dianjurkan itu membolehkan masyarakat mengetahui dan mempunyai kesedaran mengenai pencegahan rasuah atau menjaga integriti.

“Saya mengambil maklum bahawa program D’Apprentice siri II ini memberi fokus kepada nilai kepimpinan dan berbicara mengenai kepentingan integriti menolak rasuah.

“Saya juga dimaklumkan pada siri pertama membicarakan mengenai pengurusan termasuk organisai,” katanya ketika merasmikan program D’ Apprentice II bertajuk Kursus kepimpinan dan pengurusan organisasi secara dalam talian pada Sabtu.

Beliau juga yakin program ilmiah itu mampu memberi kesan yang positif bagi masyarakat seterusnya sebagai ejen gerak kerja dakwah.

“Kita juga akan memberi tumpuan kepada keperluan bagi pembinaan generasi masa hadapan,” jelasnya.

Artikel Berkaitan: