X

Kindly register in order to view this article
!

Isnin | 18 Oktober 2021

Bangkai ikan paus tersangkut pada kapal

Bangkai seekor ikan paus tersangkut pada bahagian hadapan sebuah kapal tangki di Pelabuhan Mizushima, Jepun baru-baru ini. - Foto Mizushima Coast Guard Station Ne
A
A

TOKYO - Seekor bangkai ikan paus ditemui tersangkut pada sebuah kapal tangki Jepun yang berlabuh di sebuah pelabuhan di negara itu baru-baru ini.

Bangkai ikan paus sepanjang hampir 10 meter itu tersangkut di bahagian depan yang berbentuk bonggol pada kapal tersebut.

Beberapa penduduk tempatan yang melihat bangkai ikan paus itu telah membuat laporan kepada pihak berkuasa sehingga pasukan pengawal pantai bergegas ke tempat kejadian.

Kejadian itu berlaku di Pelabuhan Mizushima, bandar Kurashiki.

Kapal tangki itu dilaporkan telah belayar di Lautan Pasifik ketika ia menuju ke pelabuhan tersebut.

Kru-kru kapal itu mendakwa mereka tidak mengetahui bahawa kapal berkenaan telah melanggar seekor ikan paus.

Spesies ikan paus itu masih belum diketahui.

Namun, sebuah institut penyelidikan hidupan laut Jepun menyatakan ia kemungkinan spesies ikan paus sirip. - Agensi


Dapatkan laporan yang lebih eksklusif dan kritis, sila layari Sinar Premium
Artikel ini ialah ©️ 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!