X

Kindly register in order to view this article
!

Sabtu | 23 Oktober 2021

Solat Jumaat: Selangor benar 1,000 jemaah di masjid negeri

Seramai 1,000 jemaah dibenarkan solat Jumaat di Masjid Salahuddin Abdul Aziz Shah.
A
A

SHAH ALAM - Selangor membenarkan seramai 1,000 jemaah bagi menunaikan solat Jumaat di Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah (Masjid Negeri) sepanjang Fasa 2 Pelan Pemulihan Negara (PPN).

Selain itu, bagi masjid-masjid lain pula, seramai 500 jemaah ditetapkan bagi menunaikan solat Jumaat secara berjemaah.

Perkembangan itu dimaklumkan menerusi satu edaran dalaman dikeluarkan oleh Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) yang berkuatkuasa pada Rabu sehingga satu tempoh ditentukan kelak.

Selain itu, Masjid Tengku Ampuan Jemaah, Bukit Jelutong: Masjid Raja Haji Fi Sabilillah, Cyberjaya; dan masjid institusi pula masing-masing ditetapkan seramai 500 jemaah termasuk pentadbir masjid bagi solat Jumaat manakala 300 jemaah bagi solat lima fardhu lima waktu.

Masjid pengurusan pula ditetapkan seramai 400 jemaah bagi solat Jumaat dan 300 bagi solat fardhu lima waktu.

"Bagi surau yang mendapat kebenaran solat Jumaat, seramai 250 jemaah termasuk pentadbir masjid dibenarkab bagi solat Jumaat dan sebanyak 200 jemaah pula bagi solat lima waktu.

"Surau kariah dan musolla pula ditetapkan seramai 100 jemaah termasuk pentadbir bagi solat lima waktu," kata edaran itu.

Sementara itu, Pengarah JAIS, Datuk Mohd Shahzihan Ahmad berkata, Sultan Selangor telah membuka ruang yang seluasnya kepada seluruh jemaah dengan kelonggaran yang diberikan ini dan ia sewajarnya dimanfaatkan dengan sebaiknya.

"Baginda bukan sahaja berkenan tingkatkan jumlah jemaah bagi solat Jumaat malah turut membabitkan solat fardhu agar semua jemaah dapat penuhkan masjid," katanya ringkas selepas mengadakan lawatan ke Pusat Pemberian Vaskin (PPV) Dewan Syarahan dan Muzakarah, di sini pada Rabu.

Dalam pada itu, beliau berkata, pihaknya juga berharap agar seluruh jemaah dapat mematuhi peraturan dan prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan.


Dapatkan laporan yang lebih eksklusif dan kritis, sila layari Sinar Premium
Artikel ini ialah ©️ 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!