X

Kindly register in order to view this article
!

Khamis | 28 Oktober 2021

JAIS nasihat Sajat pulang, hadapi pertuduhan di mahkamah

Muhammad Sajjad Kamaruz Zaman atau Nur Sajat
A
A

SHAH ALAM - Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) menasihati usahawan kosmetik, Muhammad Sajjad Kamaruz Zaman, 36, atau lebih dikenali sebagai Nur Sajat untuk pulang ke tanah air bagi menghadapi kes melibatkannya dengan pihak berkuasa agama negeri itu.

Pengarah JAIS, Datuk Mohd Shahzihan Ahmad berkata, Nur Sajat belum tentu disabitkan bersalah di mahkamah selagi mana kes tersebut belum dibicarakan.

Beliau berkata, perkara itu adalah melibatkan undang-undang dalam negara ini dan dia tidak perlu menjadikannya sebagai isu di peringkat antarabangsa.

"Pulanglah sahaja ke Malaysia dan hadapilah kes di mahkamah. Tiada siapa yang mengugutnya terutama kakitangan JAIS.

"Kita mempunyai ramai peguam yang baik di negara ini yang boleh mewakilinya di mahkamah dan belum tentu JAIS boleh menang," katanya kepada pemberita selepas lawatan di Pusat Pemberian Vaksin (PPV) Dewan Syarahan dan Muzakarah di sini pada Rabu.

Isnin lalu, Bukit Aman mengesahkan bahawa Nur Sajat telah ditangkap pada 8 September lalu oleh pihak berkuasa Thailand atas kesalahan memiliki pasport tidak sah.

Dalam pada itu, Mohd Shahzihan berkata, beliau berharap agar kes itu tidak dijadikan bahan propaganda dengan melibatkan pihak Imigresen Australia dalam isu yang dihadapi Nur Sajat ketika ini.

"Kes belum dibicarakan, dan belum tentu dia bersalah atau tidak di mahkamah.

"Jangan jadikan kes itu sebagai propaganda dan hadapi perbicaraan bagi menentukan sama ada dia bersalah atau tidak sahaja," katanya.

Nur Sajat dikenakan waran tangkap sebelum ini selepas gagal hadir sebutan semula pertuduhan berpakaian wanita di Mahkamah Tinggi Syariah Shah Alam, Selangor.

Pada 6 Januari lalu, Nur Sajat mengaku tidak bersalah atas pertuduhan yang dibacakan di hadapan Hakim Syarie Mohamad Khalid [email protected]

Dia didakwa melakukan perbuatan itu pada majlis bacaan Yasin dan solat hajat pada jam 7.30 malam, 23 Februari 2018 di premis kecantikannya, Nursajat Beauticion, Jalan Serai Wangi G16/G, Seksyen 16, Shah Alam.

Bagi perbuatan itu, tertuduh didakwa mengikut Seksyen 10(a) Enakmen Jenayah Syariah (Negeri Selangor) 1995 yang memperuntukkan hukuman tidak melebihi RM5,000 atau penjara tidak melebihi tiga tahun atau kedua-duanya sekali, jika sabit kesalahan.


Dapatkan laporan yang lebih eksklusif dan kritis, sila layari Sinar Premium
Artikel ini ialah ©️ 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!