X

Kindly register in order to view this article
!

Isnin | 25 Oktober 2021

Ku Li letak jawatan Pengerusi Jemaah Penasihat UMNO

Tengku Razaleigh - Foto Bernama
A
A

SHAH ALAM - Ahli Parlimen Gua Musang, Tengku Razaleigh Hamzah meletakkan jawatan sebagai Pengerusi Jemaah Penasihat UMNO berkuat kuasa Isnin lalu.

Perkara itu disampaikan beliau menerusi sepucuk surat kepada Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi bertarikh 20 September.

Menurutnya, tindakan tersebut susulan kecewa dengan tindakan pemimpin parti memberi sokongan kepada kerajaan sedia ada.

“Sudah tentu pimpinan yang dipilih dan anggota kerajaan yang mengganti kerajaan gagal telah direstui oleh pimpinan UMNO walaupun rata-rata orang ramai dan akar umbi parti menzahirkan mereka kerana hampir semua jawatan dipenuhi dari kerajaan tersebut.

“Bolehkan mereka ini bantu parti kita tebus kekalahan kita dalam Pilihan Raya Umum 15 (PRU15) dan akhiri Parlimen tergantung?

"Bolehkah kita bergantung harap kepada mereka ini memberi kemenangan kepada parti kita dalam PRU15 nanti?” katanya.

Dalam pada itu, Tengku Razaleigh turut berterima kasih kepada Presiden kerana memberi peluang untuknya memainkan peranan dalam perjalanan parti itu.


Dapatkan laporan yang lebih eksklusif dan kritis, sila layari Sinar Premium
Artikel ini ialah ©️ 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!