X

Kindly register in order to view this article
!

Ahad | 17 Oktober 2021

Kelindan lemas, lori ayam terbabas dalam parit

Lori ayam dinaiki mangsa terbabas ke dalam parit di Jalan Harmoni Ijok di sini pada Isnin.
A
A

Usaha mengeluarkan mangsa telah dilaksanakan oleh pasukan bomba dan mangsa maut berjaya dikeluarkan pada jam 11.45 malam

KUALA SELANGOR - Seorang kelindan ditemukan lemas selepas lori ayam dinaikinya terbabas ke dalam parit di Jalan Harmoni Ijok di sini pada Isnin.

Dalam kejadian jam 8.30 malam itu, mangsa, Kamarul Najmi Abdullah, 24, yang beralamat di Taman Sri Putra, Banting maut di tempat kejadian.

Ketua Polis Daerah Kuala Selangor, Superintendan Ramli Kasa berkata, kejadian berlaku ketika pemandu, Saihol Ihsan Rapsidi, 36, dalam perjalanan dari sebuah reban ayam di Ijok menuju ke kilang pemprosesan ayam di Puchong.

"Sebaik tiba di lokasi kejadian, pemandu melalui satu jalan selekoh, tiba-tiba bahagian kiri lori terbabit telah masuk ke dalam parit di sebelah kiri jalan dan terbalik.

"Pemandu sempat menyelamatkan diri dan tidak mengalami sebarangan kecederaan, manakala kelindan telah tersepit sebelum lemas," katanya kepada Sinar Harian di sini pada Selasa.

Ramli berkata, usaha mengeluarkan mangsa dijalankan oleh pasukan bomba dan mangsa berjaya dikeluarkan pada kira-kira jam 11.45 malam.

"Mangsa kemudiannya dibawa ke Jabatan Forensik Hospital Tanjong Karang bagi bedah siasat dan kes disiasat mengikut Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987," katanya.


Dapatkan laporan yang lebih eksklusif dan kritis, sila layari Sinar Premium
Artikel ini ialah ©️ 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!